Wednesday 22 May 2013

Profil Organisasi

Pejabat Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian) Melaka diketuai oleh Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian) yang bertanggungjawab kepada Pengarah Kesihatan Negeri Melaka dan berfungsi sebagai pusat pentadbiran kesihatan pergigian bagi negeri Melaka. Terdapat 3 buah pejabat kesihatan pergigian daerah iaitu Daerah Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin, 16 buah klinik pergigian dan 23 buah klinik pergigian sekolah di bawah jagaannya.

Visi

Rakyat Melaka sentiasa sihat melalui satu sistem perkhidmatan kesihatan pergigian yang cekap, prihatin, mesra, berkesan, seimbang dan mampu dinikmati oleh semua lapisan masyarakat bagi menghadapi cabaran negara maju.

Misi

Untuk memberi perkhidmatan pergigian kepada rakyat Melaka supaya mencapai tahap kesihatan mulut yang optima di kalangan individu, keluarga dan masyarakat melalui usaha-usaha menggalak tabiat kesihatan yang positif dan memastikan perkhidmatan pergigian yang berkualiti, berteknologi sesuai serta memenuhi kepuasan pelanggan.

Objektif

Untuk meningkatkan status kesihatan penduduk-penduduk di negeri Melaka kepada tahap yang optima melalui penyampaian pergigian promotif, pencegahan, kuratif dan rehabilitatif.

Aktiviti Utama

1. Penjagaan Kesihatan Pergigian Primer

Perkhidmatan Pergigian primer merupakan fokus utama yang meliputi penjagaan kesihatan pergigian seperti berikut :
  • Perkhidmatan Pergigian Toddler
    Program 'Never Too Early to Start telah dilancarkan bagi menggalakkan dan memelihara penjagaan kesihatan pergigian dikalangan  kanak-kanak dibawah umur 4 tahun. Aktiviti yang dijalankan adalah sapuan fluorid varnis kepada kanak-kanak ini. Pendidikan Kesihatan Pergigian juga diberikan kepada ibu/ bapa/ penjaga bagi kanak-kanak ini. Tumpuan utama diberikan kepada mereka yang mengunjungi Klinik Kesihatan Ibu danAnak di semua fasiliti kesihatan.
  • Pra Sekolah
    Perkhidmatan ini meliputi semua tadika-tadika kerajaan dan pra sekolah serta tadika swasta atas permintaan. Aktiviti yang dijalankan merangkumi latihan memberus gigi, pendidikan kesihatan pergigian, role play, pertunjukan boneka dan rawatan berdasarkan keperluan.
  • Perkhidmatan Pergigian Sekolah
  • Perkhidmatan pergigian sekolah diberi secara inkremental kepada sekolah-sekolah yang dikenalpasti berdasarkan senarai sekolah yang diperolehi dari Jabatan Pendidikan Negeri Melaka. Lawatan dilakukan mengikut jadual iaitu setahun sekali dengan persetujuaan pihak sekolah. Rawatan diberikan kepada pelajar yang mempunyai kebenaran rawatan dari ibu/ bapa/ penjaga. Aktiviti pencegahan turut dijalankan seperti pendidikan kesihatan pergigian, latihan memberus gigi dan aplikasi sealan fisur
  • Perkhidmatan Pergigian Ibu Mengandung
    Perkhidmatan pergigian kepada ibu mengandung diberikan melalui rujukan pihak KKIA ke klinik pergigian. Aktiviti yang dijalankan adalah pendidikan kesihatan pergigian anak dan pemeriksaan serta rawatan pergigian kepada ibu mengandung
     
  • Perkhidmatan Pergigian Warga Tua
    Penyampaian perkhidmatan adalah melalui kunjungan pegawai pergigian ke institusi warga tua yang terdapat di negeri Melaka. Selain pemeriksaan dan rawatan pergigian, warga tua juga diberi pendidikan dalam penjagaan gigi palsu dan kesihatan mulut.
     
  • Perkhidmatan Pergigian Pesakit Luar
    Perkhidmatan pergigiaan pesakit luar diberikan kepada pesakit yang datang ke klinik pergigian. Pesakit dibawah umur 18 tahun perlu mendapat kebenaran ibu/ bapa/ penjaga sebelum menerima rawatan. Pesakit yang datang akan didaftarkan, diperiksa, diberi rawatan yang perlu serta khidmat susulan. Rujukan ke Pakar Pergigian dilakukan apabila perlu.
     
  • Perkhidmatan Pergigian Kanak-kanak Keperluan Khas
    Kunjungan ke PDK dan Sekolah-sekolah khas ini dilakukan oleh Pasukan Pergigian Bergerak yang terdiri dari pegawai pergigian dan jururawat pergigian. Aktiviti yang dijalankan adalah pendidikan kesihatan pergigian kepada ibu bapa / penjaga, pemeriksaan dan rawatan pergigian serta latihan memberus gigi kepada kanak-kanak ini. Kanak-kanak dengan masalah kesihatan pergigian yang kompleks dirujuk ke Pakar Pergigian Peadiatrik untuk rawatan lanjut.

2.  Kesihatan Pergigian Kepakaran

Terdapat 5 perkhidmatan kepakaran pergigian di negeri Melaka iaitu Kepakaran Bedah Mulut dan Pergigian Peadiatrik di Hospital Melaka, Unit Orthodontik di Klinik Pergigian Tun Sri Lanang dan Peringgit, Unit Periodontik di Klinik Pergigian Peringgit, Unit Restoratif di Klinik Pergigian Ayer Keroh. Perkhidmatan kepakaran ini diberikan kepada pesakit melalui rujukan dari klinik pergigian kerajaan maupun swasta.

3.  Kesihatan Pergigian Komuniti / Masyarakat

Tumpuan utama adalah pemfluoridaan bekalan air awam, aplikasi fluorid pada gigi molar kekal murid sekolah dan pengesanan awal lesi pra kanser dan kanser mulut. Pengawasan pemfluoridaan bekalan air awam dilakukan secara berkala iaitu sekali seminggu. Pengesanan awal lesi pra kanser dan kanser mulut dilakukan bersama-sama dengan aktiviti kemasyarakatan. Aplikasi sealant fisur pada gigi molar kekal dilakukan pada murid sekolah yang memenuhi criteria yang ditetapkan untuk mengurangkan kejadian karies.

4.  Aktiviti Penggalakan Kesihatan Pergigian

Unit ini berperanan membantu meningkatkan  taraf kesihatan pergigian individu dan masyarakat setempat melalui aktiviti pencegahan yang merangkumi pencegahan klinikal dan promosi kesihatan pergigian. Unit ini juga berperanan menyampaikan informasi tentang perkhidmatan pergigian yang diberikan  di negeri Melaka.

2 comments:

  1. Hi everyone. I saw comments from people who already got their loan from ANGGA DIMAN and then I decided to apply under their recommendations and just few hours ago I confirmed in my own personal bank account a total amount of $30,000 which I requested for. This is really a great news and I am advising everyone who needs real loan to apply through their email (anggadiman1@gmail.com) I am happy now that i have gotten the loan I requested

    ReplyDelete
  2. Dear Sir/Madam,
    Healthy Kidney donors needed urgently at kidney foundation center to help patients who face lifetime dialysis problems unless they undergo kidney transplant. Here we offer financial reward to interested donors. Please kindly contact us at: kidneyliverin@gmail.com

    ReplyDelete