tag:blogger.com,1999:blog-34966243180336173242024-03-13T18:17:46.497+08:00Blog Rasmi Kesihatan Pergigian MelakaAnonymoushttp://www.blogger.com/profile/18433317501408947168noreply@blogger.comBlogger1125tag:blogger.com,1999:blog-3496624318033617324.post-26901306003095022942013-05-22T08:26:00.002+08:002013-05-22T08:36:05.440+08:00

Profil Organisasi

Pejabat Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian) Melaka
diketuai oleh Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian) yang
bertanggungjawab kepada Pengarah Kesihatan Negeri Melaka dan berfungsi
sebagai pusat pentadbiran kesihatan pergigian bagi negeri Melaka.
Terdapat 3 buah pejabat kesihatan pergigian daerah iaitu Daerah Melaka
Tengah, Alor Gajah dan Jasin, 16 buah klinik pergigian dan 23 buah
klinik pergigian sekolah di bawah jagaannya.

Visi

Rakyat Melaka sentiasa sihat melalui satu sistem perkhidmatan
kesihatan pergigian yang cekap, prihatin, mesra, berkesan, seimbang dan
mampu dinikmati oleh semua lapisan masyarakat bagi menghadapi cabaran
negara maju.

Misi

Untuk memberi perkhidmatan pergigian kepada rakyat Melaka supaya
mencapai tahap kesihatan mulut yang optima di kalangan individu,
keluarga dan masyarakat melalui usaha-usaha menggalak tabiat kesihatan
yang positif dan memastikan perkhidmatan pergigian yang berkualiti,
berteknologi sesuai serta memenuhi kepuasan pelanggan.

Objektif

Untuk meningkatkan status kesihatan penduduk-penduduk di negeri
Melaka kepada tahap yang optima melalui penyampaian pergigian promotif,
pencegahan, kuratif dan rehabilitatif.

Aktiviti Utama

1. Penjagaan Kesihatan Pergigian Primer

Perkhidmatan Pergigian primer merupakan fokus utama yang meliputi penjagaan kesihatan pergigian seperti berikut :

Perkhidmatan Pergigian Toddler

Program 'Never Too Early to Start telah dilancarkan bagi menggalakkan
dan memelihara penjagaan kesihatan pergigian dikalangan kanak-kanak
dibawah umur 4 tahun. Aktiviti yang dijalankan adalah sapuan fluorid
varnis kepada kanak-kanak ini. Pendidikan Kesihatan Pergigian juga
diberikan kepada ibu/ bapa/ penjaga bagi kanak-kanak ini. Tumpuan utama
diberikan kepada mereka yang mengunjungi Klinik Kesihatan Ibu danAnak di
semua fasiliti kesihatan.

Pra Sekolah

Perkhidmatan ini meliputi semua tadika-tadika kerajaan dan pra sekolah
serta tadika swasta atas permintaan. Aktiviti yang dijalankan merangkumi
latihan memberus gigi, pendidikan kesihatan pergigian, role play,
pertunjukan boneka dan rawatan berdasarkan keperluan.

Perkhidmatan Pergigian Sekolah

Perkhidmatan pergigian sekolah diberi secara inkremental kepada
sekolah-sekolah yang dikenalpasti berdasarkan senarai sekolah yang
diperolehi dari Jabatan Pendidikan Negeri Melaka. Lawatan dilakukan
mengikut jadual iaitu setahun sekali dengan persetujuaan pihak sekolah.
Rawatan diberikan kepada pelajar yang mempunyai kebenaran rawatan dari
ibu/ bapa/ penjaga. Aktiviti pencegahan turut dijalankan seperti
pendidikan kesihatan pergigian, latihan memberus gigi dan aplikasi
sealan fisur

Perkhidmatan Pergigian Ibu Mengandung

Perkhidmatan pergigian kepada ibu mengandung diberikan melalui rujukan
pihak KKIA ke klinik pergigian. Aktiviti yang dijalankan adalah
pendidikan kesihatan pergigian anak dan pemeriksaan serta rawatan
pergigian kepada ibu mengandung

Perkhidmatan Pergigian Warga Tua

Penyampaian perkhidmatan adalah melalui kunjungan pegawai pergigian ke
institusi warga tua yang terdapat di negeri Melaka. Selain pemeriksaan
dan rawatan pergigian, warga tua juga diberi pendidikan dalam penjagaan
gigi palsu dan kesihatan mulut.

Perkhidmatan Pergigian Pesakit Luar

Perkhidmatan pergigiaan pesakit luar diberikan kepada pesakit yang
datang ke klinik pergigian. Pesakit dibawah umur 18 tahun perlu mendapat
kebenaran ibu/ bapa/ penjaga sebelum menerima rawatan. Pesakit yang
datang akan didaftarkan, diperiksa, diberi rawatan yang perlu serta
khidmat susulan. Rujukan ke Pakar Pergigian dilakukan apabila perlu.

Perkhidmatan Pergigian Kanak-kanak Keperluan Khas

Kunjungan ke PDK dan Sekolah-sekolah khas ini dilakukan oleh Pasukan
Pergigian Bergerak yang terdiri dari pegawai pergigian dan jururawat
pergigian. Aktiviti yang dijalankan adalah pendidikan kesihatan
pergigian kepada ibu bapa / penjaga, pemeriksaan dan rawatan pergigian
serta latihan memberus gigi kepada kanak-kanak ini. Kanak-kanak dengan
masalah kesihatan pergigian yang kompleks dirujuk ke Pakar Pergigian
Peadiatrik untuk rawatan lanjut.

2. Kesihatan Pergigian Kepakaran

Terdapat 5 perkhidmatan kepakaran pergigian di negeri Melaka iaitu
Kepakaran Bedah Mulut dan Pergigian Peadiatrik di Hospital Melaka, Unit
Orthodontik di Klinik Pergigian Tun Sri Lanang dan Peringgit, Unit
Periodontik di Klinik Pergigian Peringgit, Unit Restoratif di Klinik
Pergigian Ayer Keroh. Perkhidmatan kepakaran ini diberikan kepada
pesakit melalui rujukan dari klinik pergigian kerajaan maupun swasta.

3. Kesihatan Pergigian Komuniti / Masyarakat

Tumpuan utama adalah pemfluoridaan bekalan air awam, aplikasi fluorid
pada gigi molar kekal murid sekolah dan pengesanan awal lesi pra kanser
dan kanser mulut. Pengawasan pemfluoridaan bekalan air awam dilakukan
secara berkala iaitu sekali seminggu. Pengesanan awal lesi pra kanser
dan kanser mulut dilakukan bersama-sama dengan aktiviti kemasyarakatan.
Aplikasi sealant fisur pada gigi molar kekal dilakukan pada murid
sekolah yang memenuhi criteria yang ditetapkan untuk mengurangkan
kejadian karies.

4. Aktiviti Penggalakan Kesihatan Pergigian

Unit ini berperanan membantu meningkatkan taraf kesihatan pergigian
individu dan masyarakat setempat melalui aktiviti pencegahan yang
merangkumi pencegahan klinikal dan promosi kesihatan pergigian. Unit ini
juga berperanan menyampaikan informasi tentang perkhidmatan pergigian
yang diberikan di negeri Melaka.

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/18433317501408947168noreply@blogger.com2